Sedikit coretan dari Mercik Futsal Team~~!!
Seketika kemudian, kami berempat mengambil teksi ke KL Sentral... Kami menunaikan fardhu subuh disana (seronok2 jgk..., yang wajib xley tggal). Kami bersarapan dan membersihkan diri di situ.
Dalam pukul 8.., kami ingin mengambil angin Kuala Lumpur.. Kami mengambil keputusan ingin berjalan - jalan di Bukit Bintang. Kami menaiki KL Monorail utk ke BB. Setibanya di Bukit Bintang..., kami menghubungi dengan ayah saudara Kiran Power yang telah membantu kami membeli tiket game... Kami berjanji utk bertemu di hadapan pintu utama Low Yat. Setelah tiket yang diidamkan berada di tangan kami.., kami berasa begitu teruja...
Begitulah reaksi kami ketika mendapat tiket.
Setelah itu..., kami kembali meninjau sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kiran Power ingin pergi ke Konsert Rock The World 10 di Bukit Jalil.. Jadi kami berpisah di situ dan Kiran terlebih dahulu pergi ke Bukit Jalil.
Sementara itu., kami menuju ke Pavilion untuk window shopping...
Ketika di Pavilion KL, kami bertemu dgn Nursyahmi Fakhrullah, Fatin Asmaa Ismadee & kakak nyer Liyana Ismadee.. Mereka bersama2 kami di Pavilion dan kami makan tengah hari bersama2.....
Selepas makan, kami pergi pula ke Berjaya Times Square.. Disitu kami hanya berjalan2 sekeliling..... Setelah jam menunjukkan pukul 4 pm. Kami bergegas ke Stesen Hang Tuah untuk menuju ke Bukit Jalil . Kami berpisah dgn Fatin Asmaa Ismadee & kakak nyer Liyana Ismadee. Nursyahmi Fakhrullah pula menyertai kami ke Bukit Jalil.
Ketika di dalam train..., kami merupakan kaum minoriti kerana ia dipenuhi dgn wrga Indon... Suasana di dalam traim amat kecoh dgn sorakan dari pihak lawan... Kami mengharapkan agar cepat sampai ke destinasi. Setibanya di Bukit Jalil..., kawasan tersebut dgn lautan manusia berwarna kuning hitam...
Dengan tiba - tiba..., semangat kami berkobar- kobar... Serta merta kami menyalin jersey Malaysia. Kami begitu teruja dan semangat Harimau wujud dalam jiwa kami...
penyokong Indonesia berehat sementara menunggu pintu stadium dibuka...
abang ney semangat betul.....
Dalam situasi kecoh itu..., kami sempat bergambar kenangan dengan penyokong Indonesia yang sporting...
Ini gambar semasa kami dalam stadium nasional sebelum dan semasa perlawanan..... jom kte usha2...
Kami merakam tanda kenangan...
Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri lautan hitam kuning...
Sebelum perlawanan berlangsung....
Stadium penuh....
keputusan akhir~~!!
Malaysia menewaskan Indonesia dgn jaringan 3-0....
Hari ini.., berlangsung final kedua..., di Gelora Bung Karno....
Keputusan memihak kepada tuan rumah....
Namun Piala AFF Suzuki 2010 pulang ke Kuala Lumpur dgn agregat 4-2...
Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri lautan hitam kuning...
Sebelum perlawanan berlangsung....
adik ney pon semangat tgok game....comel gitu....
detik - detik cemas semasa perlawanan...
Jalur Gemilang gergasi....
Stadium penuh....
terlalu teruja dengan kemenangan Malaysia....
Malaysia menewaskan Indonesia dgn jaringan 3-0....
Hari ini.., berlangsung final kedua..., di Gelora Bung Karno....
Keputusan memihak kepada tuan rumah....
Namun Piala AFF Suzuki 2010 pulang ke Kuala Lumpur dgn agregat 4-2...
No comments:
Post a Comment
kami nk feedback..!! haha